Saturday, 3 November 2012

Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri




Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.
Hukum Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.


Waktu Solat
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

Cara-cara Solat
Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر
Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.
Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

Niat Solat Sunat Hari Raya
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ /عِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.




Hikmah Solat Hari Raya



Mensyukuri nikmat Allah
Mengukuhkan perpaduan ummah















Mengukuhkan silaturrahim
Menzahirkan syiar Islam






7 comments:

  1. Assalamulaikum...
    Kepada pengunjung-pengunjung budiman, harap sudilah memberikan komen-komen membina untuk saya murnikan lagi blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, blog ustazah amat menarik dan memberikan banyak input. Semoga dapat meneruskan usaha murni untuk kebaikan bersama........

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tahniah, bagus blog Kak Shima! Menarik dan bermanfaat. Perlu baiki sikit.. perkataan 'meningkan' kepada 'meningkatkan' pada hikmah solat bagi individu. Bolehlah ajar saya menghasilkan blog sebegini ya?

    ReplyDelete
  4. Cantik dan berinformasi.. Tahniah!!

    ReplyDelete
  5. Berkat usaha yang bersungguh-sungguh akhirnya umi berjaya hasilkan blog yang cantik dan padat dengan isi. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Tahniah, sahabatku Shima! Blog yang menarik dan santai. Mengandungi info yang lengkap tentang solat sunat Hari Raya Aidilfitri untuk dikongsi bersama-sama.

    ReplyDelete
  7. Memberi informasi yg berguna. Boleh ditambah dgn nota ringkas. Apa pun tahniah kerana tlh bjaya mbangunkn blog ini. Semoga syiar islam terus bkembang

    ReplyDelete