Friday, 14 December 2012

Pembuka Bicara



    Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukan, darjat keturunan, kemewahan atau harta benda, malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa. Sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaanNya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangannya.
Justeru, tajuk ini saya pilih adalah sebagai panduan bagi menambah pengetahuan dalam melaksanakan perintah Allah dalam ibadat sunat yang dituntut.  Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak didik saya bagi penambahan maklumat berkenaan tajuk Solat Sunat Hari Raya.
                     Terima kasih saya ucapkan kepada semua sumber-sumber ilmu yang membantu melengkapkan    laman ini. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan kurang itu dari kelemahan saya sendiri.




Wednesday, 5 December 2012

Khutbah Hari Raya



Sekiranya solat berjemaah, setelah selesai memberi salam, maka disunatkan imam atau khatib membaca dua khutbah Hari Raya Fitrah. Kandungan khutbah hendaklah memberi pengajaran tentang hukum-hukum zakat fitrah, pengertian sambutan hari raya menurut Islam dan lain-lain pengajaran agama.

(Sekiranya Hari Raya Haji, kandungan khutbah hendaklah memberi pengajaran tentang hukum-hukum penyembelihan korban, hal-hal ibadat haji dan lain-lain pengajaran agama)

a) Khutbah pertama hendaklah didahului takbir sembilan kali

b) Khutbah kedua hendaklah didahului takbir tujuh kali


Contoh Khutbah Hari Raya


Khutbah Hari Raya Aidil Fitri


Khutbah Hari Raya Qurban