Nota Tambahan


Teknik Khusyuk Dalam Solat


Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:
  • Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (paling afdhal di masjid)
  • Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya
  • Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
  • Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
  • Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota
  • Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri
  • Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati
  • Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.




Tahukah Anda???


  Tiada Solat Sunat sebelum Dan Sesudah Solat Hari Raya.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا.

Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 989.

Namun di Malaysia ini solat Hari Raya dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyyatul Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyyatul Masjid.

  Tiada Seruan Azan atau Iqamah.
Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Hari Raya. Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الْعِيدَ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat Hari Raya tanpa azan dan tanpa iqamah. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 968.

Apa yang jelas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setibanya di musolla lalu terus mendirikan solat Hari Raya. Ini sebagaimana disampaikan oleh Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى.

فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Maksudnya:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956.

Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendirikan solat dua rakaat dahulu sebelum khutbah, tanpa ada ucapan al-sholatu jami’ah. Apa yang benar menurut al-Sunnah adalah tanpa ucapan itu. Baginda dan para sahabat tidak ada yang mengerjakan solat sebelum mahupun sesudah solat ‘Ied. - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 48.

  Tiada Laungan al-Sholatu Jami’ah.
Melaungkan al-Sholatu Jami’ah sebelum memulakan solat Hari Raya merupakan satu perbuatan yang lazimnya di amalkan di Malaysia dan inilah juga pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah. Amalan ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadis mursal daripada al-Zuhri bahawa dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُ اَلْمُوءَذِّنَ فِي الْعِدَيْنِ أَنْ يَقُوْلَ: اَلْصَّلاَةُ جَامِعَة.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memerintahkan kepada mu’adzin (tukang azan) ketika di dalam solat Hari Raya untuk mengucapkan al-Sholatu Jami’ah.

Hadis mursal adalah hadis yang disandarkan kepada tabi’in secara langsung kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tanpa menyebut nama sahabat yang meriwayatkan. Di dalam hadis di atas al-Zuhri adalah seorang tabi’in yang menyandarkan sebuah hadis terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tanpa melalui seorang sahabat sedangkan al-Zuhri tidak pernah bertemu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Hadis mursal hukumnya dha’if (lemah) dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Imam Muslim di muqaddimah kitab Shahih Muslim telah berkata:

Riwayat-riwayat yang mursal itu pada dasar perkataan kami dan perkataan/pendapat ahli ilmu hadis, tidaklah boleh dijadikan sebagai hujah. - Di nukil dari kitab Al Masaa-il (masalah-masalah agama) karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qolam, Jakarta 2004, jilid 3, ms. 291. 

Oleh itu sewajarnya kita kekal hanya dengan riwayat-riwayat yang sabit daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu dengan tidak melaungkan apa-apa perkataan seperti al-Sholatu Jami’ah sebelum memulakan solat Hari Raya.

  Mengqadha Solat Hari Raya.
Apabila seseorang tidak dapat menyertai solat Hari Raya bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:

وَقَالَ عَطَاءٌ: إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكَعَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika seseorang terlewatkan (dan tidak dapat menunaikan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat Hari Raya, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat.

Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:

Sesiapa yang ketika ingin bersolat Hari Raya mendapati imam sebelum salam maka harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. Dan orang yang tertinggal solat Hari Raya maka hendaklah dia mengqadhanya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijiri, Mukhtasar al-Fiqh al-Islami, ms. 720.

  Mengqadha Solat Hari Raya.
Apabila seseorang tidak dapat menyertai solat Hari Raya bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:

وَقَالَ عَطَاءٌ: إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكَعَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika seseorang terlewatkan (dan tidak dapat menunaikan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat Hari Raya, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat.

Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:

Sesiapa yang ketika ingin bersolat Hari Raya mendapati imam sebelum salam maka harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. Dan orang yang tertinggal solat Hari Raya maka hendaklah dia mengqadhanya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijiri, Mukhtasar al-Fiqh al-Islami, ms. 720.









2 comments: